Wednesday 25 July 2012

Tips LULUS Peperiksaan Akauntan Gred W41 Dibuka sekarang!

Akhirnya panduan yang ditunggu-tunggu calon exam 'akauntan gred w41' telah dibuka pada jam 10 pagi tadi. Perlu diingat panduan ini hanya dibuka 7 hari sahaja iaitu sehingga 1 Ogos 2012 sahaja! Selepas itu tidak akan dibuka semula dan tiada rayuan akan diterima walaupun ada yang menawarkan harga yang sangat tinggi.

Klik ini ini sekarang >> http://yupurl.com/91qlhz <<



Tuesday 24 July 2012

Panduan Exam Akauntan Gred W41 Dilancarkan 26 Julai Ini!


Saya pasti ramai yang masih tidak tahu nak prepare apa untuk exam akauntan ini. Tidak perlu takut, team tipsptd yang terkenal kerana menghasilkan panduan yang telah membantu ribuan calon peperiksaan SPA telah mengeluarkan buah tangan terbaru yang akan membantu para calon peperiksaan akaun w41.

Tekan banner di bawah untuk terus ke halaman panduan tersebut:





Tetapi anda perlu beri perhatian bahawa, setiap panduan yang mereka keluarkan. Mereka hanya membuka panduan ini selama 7 hari sahaja iaitu dari 26 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012. Selepas tarikh 1 Ogos, sebarang permohonan untuk membuka semula panduan ini mahupun yang membeli panduan ini dengan harga yang sangat tinggi tidak akan dilayan sama sekali.

Perkara ini pernah terjadi pada panduan-panduan yang lepas di mana ramai calon yang ketinggalan mendapatkan panduan ini memohon untuk membuka semula panduan ini malah ramai juga yang sanggup membelinya dengan harga yang sangat tinggi demi mahukan panduan ini. Tetapi semua itu tidak akan dilayan kerana mereka sangat menjaga kualiti produk yang mereka hasilkan. Saya akan tunjukkan bukti-bukti pada post yang akan datang.

Saya harap anda membuat tindakan dengan seberapa pantas kerana panduan akauntan w41 ini dibuka hanya 7 hari sahaja. Sila klik banner di bawah untuk terus di bawa ke panduan tersebut:

Monday 23 July 2012

Tarikh Peperiksaan Akauntan Gred W41


Tarikh Peperiksaan Akauntan Gred W41


Peperiksaan akauntan gred w41 ini akan bermula ada 4 ogos 2012. Pemohon boleh menyemak status permohanan di sini: Semakan Status Akauntan W41 .

Kepada yang sudah mendapat panggilan untuk peperiksaan ini, saya dengan rendah hati mengucapkan tahniah kerana berjaya memohon jawatan akauntan w41 ini.

Sedikit tips untuk peperiksaan akauntan gred w41


Nampak seperti sukar bukan? Jangan risau! Kami ada satu panduan khas untuk membantu anda lulus Peperiksaan Akauntan W41 ini dengan cemerlang. Team Tips PTD akan mengeluarkan Pakej Rujukan Peperiksaan Akauntan Gred W41 bermula 25 Julai ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini anda akan didedahkan dengan format lengkap peperiksaan, contoh soalan dan jawapan serta tips tips untuk lulus peperiksaan. 

Klik banner di bawah untuk mendapatkan panduan hebat ini!


Semakan Jadual Peperiksaan Akauntan Gred W41

Semakan Jadual Peperiksaan Akauntan Gred W41


Untuk mengetahui samaada anda terpilih untuk peperiksaan akauntan Gred W41. Sila isikan nombor kad pengenalan anda di sini:

- Semak -

Kalau anda terpilih. Kami ada panduan yang boleh dijadikan panduan untuk anda bagi menjawab exam akauntan w41 ini. Panduan ini dihasilkan oleh team tipsptd yang telah membantu ramai calon SPA untuk berjaya dalam setiap peperiksaan yang SPA anjurkan. Sila Klik banner di bawah untuk mendapatkan panduan tersebut



Wednesday 18 July 2012

Sukatan Peperiksaan Tahap Kecekapan BAGI AKAUNTAN GRED W 41


SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK 2) BAGI AKAUNTAN GRED W 41



1. Matlamat Sukatan Peperiksaan

1.1 Tahap kecekapan 2 (TK 2) Pada TK 2; pegawai


i. berkemampuan memahami situasi atau masalah yang berkaitan dengan bidang tugas pengurusan, perakaunan dan kewangan jawatannya.


ii. berkebolehan dan mempunyai kecekapan dan mengaplikasikan konsep, prinsip dan peraturan pengurusan, perakaunan dan kewangan bagi mengurus dan melaksanakan bidang tugasnya.


iii. mampu memberi khidmat nasihat pengurusan, perakaunan dan kewangan serta boleh menyebarkan pengetahuannya kepada orang lain.


2. Tujuan Peperiksaan

Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai salah satu syarat anjakan gaji dan/atau bagi dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.


3. Pegawai Yang Layak Menduduki Peperiksaan Ini:

Akauntan Gred W41 diperingkat gaji P2 dan/ atau P3


4. Sukatan Peperiksaan:

Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi khusus.


BAHAGIAN 1


4.1 KOMPETENSI UMUM

4.1.1 Pengurusan Personel

i. Peraturan dan proses urusan yang berkaitan dengan pengambilan, lantikan, kenaikan pangkat dan penamatan kakitangan awam.

ii. Peraturan dan urusan tatakelakuan dan tindakan tatatertib.

iii. Tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan, pertukaran dan kursus, cuti-cuti, rumah-rumah kerajaan, rawatan dan perubatan.

4.1.2 Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

i. Pengurusan program ke arah penambahbaikan dan pemantapan pembangunan sesebuah organisasi. Ini meliputi penambahbaikan sistem pengurusan dan pembangunan kemahiran di sektor awam. Ia merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

  • Ÿ Inovasi perkhidmatan awam
  • Ÿ Peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam
  • Ÿ Penggunaan borang Tindakan Kerja
  • Ÿ Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)
  • Ÿ Perancangan dan penyediaan projek pembangunan
  • Ÿ Pengendalian pengaduan awam
  • Ÿ Pengurusan mesyuarat pagi
  • Ÿ Pelaksanaan sistem pemulihan perkhidmatan
  • Ÿ Pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang
  • Ÿ Piagam pelanggan

ii. Tatacara dan peraturan keselamatan jabatan. Ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
Ÿ 
  • Keselamatan fizikal
  • Ÿ Penghantaran
  • Ÿ Penyimpanan
  • Ÿ Pemusnahan maklumat terperingkat
  • Ÿ Penyimpanan kunci-kunci keselamatan
  • Ÿ Tanggungjawab pegawai terhadap pengawalan rahsia-rahsia kerajaan

4.1.3 Pengurusan Kewangan

Tatacara pengurusan kewangan kerajaan.

i. Pengurusan akaun Awam

  • Ÿ Terimaan
  • Ÿ Bayaran
  • Ÿ Sistem Belanjawan Negeri

ii. Perolehan Kerajaan

  • Ÿ Bekalan
  • Ÿ Perkhidmatan
  • Ÿ Kerja

iii. Pengurusan Aset

  • Ÿ Inventori
  • Ÿ Tatacara hapus kira
  • Ÿ Tatacara Pelupusan
iv. Pengurusan Stor

  • Ÿ Verifikasi Stok
  • Ÿ Pemeriksaan Stor

4.1.4 Keutuhan Peribadi

Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam seperti:

  • Ÿ Nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam
  • Ÿ Tonggak 12
  • Ÿ Etika Perkhidmatan Awam
  • Ÿ Keutuhan dalam perkhidmatan awam

4.1.5 Penyeliaan Dan Kaunseling

  • Ÿ Keperluan bimbingan dan kaunseling
  • Ÿ Kemahiran kaunseling
  • Ÿ Kaedah kaunseling
  • Ÿ Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling
4.1.6 Komunikasi

  • Ÿ Kemahiran berkomunikasi
  • Ÿ Interpersonal Komunikasi
  • Ÿ Halangan-halangan komunikasi
4.1.7 Perundangan dan Perlembagaan

  • Ÿ Undang-undang Pilihanraya dan Kesalahan-kesalahan pilihanraya
  • Ÿ Undang-undang Pencegahan Rasuah
  • Ÿ Undang-undang Imigresen
  • Ÿ Undang-undang Pendaftaran Negara
  • Ÿ Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai:

  1.  Kebebasan Asasi

  1.  Kewarganegaraan
  2.  Persekutuan
  3.  Pembangunan Negara
  4.  Peruntukan-peruntukan Kewangan
  5.  Pilihanraya
  6.  Perkhidmatan Awam
4.1.8 Dasar Pembangunan Negara

Tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan dan kesan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti:

  • Ÿ Dasar Pembangunan Nasional
  • Ÿ Dasar Persyarikatan
  • Ÿ Dasar Penswastaan Malaysia
  • Ÿ Dasar Pendidikan
  • Ÿ Dasar Pertanian Negeri
  • Ÿ Dasar Sains dan Teknologi
  • Ÿ Dasar Perindustrian Negara
  • Ÿ Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
  • Ÿ Dasar Pandang Ke Timur

4.1.8 Perundingan Berkesan

BAHAGIAN 11


4.2 KOMPETENSI KHUSUS

4.2.1 Pengurusan Akaun Kerajaan

i. Perakaunan terimaan
ii. Perakaunan bayaran
iii. Perakaunan amanah dan deposit
iv. Perakaunan vot
v. Akaun panjar
vi. Perakaunan Pelaburan dan Pinjaman
vii. Penyesuaian akaun hasil, amanah & deposit, vot dan bank
  • Ÿ Akaun kawalan
  • Ÿ Akaun subsidiari
viii. Penyata Kewangan
ix. Piawaian Perakaunan Sektor Awam

4.2.2 Sistem Perakaunan Berkomputer

i. Sistem gaji
ii. Sistem bayaran dan terimaan
iii. Sistem pukal
iv. Sistem subsdiari
v. Sistem buku vot
vi. Sistem lejar am
vii. Sistem pelaburan
viii. Sistem aset dan inventori

4.2.3 Pengurusan Kewangan
i. Belanjawan
ii. Perolehan kerajaan
iii. Pelupusan dan hapuskira

4.2.4 Auditan Dan Penguatkuasaan

i. Auditan

  • Ÿ Audit Terimaan Dan Bayaran
  • Ÿ Kawalan Dalaman (Pengurusan dan Kewangan)
ii. Penguatkuasaan

  • Ÿ Akta Wang Tak Di Tuntut
  • Ÿ Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen
  • Ÿ Akta Industri Sekuriti
4.2.5 Pengurusan Pelaburan Dan Pinjaman

i. Analisa Kewangan
ii. Pengurusan Dana
iii. Portfolio Pelaburan dan Pinjaman

4.2.6 Perakaunan Pengurusan

i. Sistem Perakaunan Mikro
ii. Pengkosan dan Analisis Varian
iii. Perakaunan Stor, Inventori dan Aset

4.2.7 Perakaunan Akruan

i. Piawaian Perakaunan
ii. Penyata Kewangan
  • Ÿ Kunci Kira-Kira / Lembaran Imbangan
  • Ÿ Penyata Untung Rugi
  • Ÿ Penyata Aliran Dana
  • Ÿ Penyata Perubahan Ekuiti

5. Soalan

Bahagian 1 : Kompetensi Umum
                  Esei - 8 soalan ( Jawab 6 soalan )

Bahagian 11: Kompetensi Khusus
                   Esei - 10 soalan ( Jawab 5 soalan )

6. Masa

Bahagian 1 : 3 jam
Bahagian 11: 3 jam

7. Tahap Kesukaran Soalan Kefahaman dan Aplikasi

8. Rujukan

Calon-calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan / rujukan semasa pepeeiksaan dijalankan.

9. Pengecualian
Calon-calon yang telah lulus mana-mana bahagian dikecualikan daripada mengambil semula bahagian berkenaan. 


10. Keputusan
Lulus / Kandas


11. Pemeriksa Dilantik Oleh :

Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri / Ketua Perkhidmatan

12. Bahasa ( Soalan & Jawapan )
Bahasa Malaysia

13. Permohonan Peperiksaan dikemukakan kepada :
Ketua Perkhidmatan sebelum dikemukakan kepada :

  • Urusetia Peperiksaan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
  • Kota Kinabalu

14. Pusat Peperiksaan akan ditetapkan oleh :

  • Urusetia Peperiksaan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
  • Kota Kinabalu

15. Kekerapan Peperiksaan
Sekali setahun

16. Tarikh Akhir Mengemukakan Permohonan

2 bulan sebelum tarikh peperiksaan

Bahan Rujukan

i. Perintah Am Negeri Sabah
ii. Arahan Perbendaharaan
iii. Arahan Perkhidmatan Negeri Sabah
iv. Akta Acara Kewangan 1957 ( Pindaan 1972 )
v. Tatacara Pengurusan Stor
vi. Akta Wang Tak Dituntut 1965 ( Pindaan....)
vii. Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991
viii. Arahan Keselamatan Dalam Negeri
ix. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia
x. Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan
xi. Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia
xii. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam - PKPA 3/91, PKPA 6/91, PKPA 11/91, PKPA 1/92, PKPA 2/92, PKPA 4/92, PKPA 1/93, PKPA 2/93, PKPA 3/93, PKPA 1/94
xiii. Akta Rahsia Rasmi 1972
xiv. Citra Karya (Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan awam)
xv. Panduan Pengguna Sistem Perakaunan Berkomputer yang berkaitan
xvi. Malaysia Kita
xvii. MIA by Laws
xviii. Malaysian Accounting Standard (MAS)
xix. International Accounting Standard (IAS)
xx. Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK)



Klik Banner di bawah !




Skim Perkhidmatan Akauntan


SKIM PERKHIDMATAN AKAUNTAN



KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN



KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2005

Gred

Gred W41
Jadual Gaji Matriks :

P1T1 RM1,702.81 - P1T27 RM4,688.95
P2T1 RM1,798.82 - P2T27 RM4,968.61
P3T1 RM1,899.01 - P3T27 RM5,255.39

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau

ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8): atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau

iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10)
[Senarai Badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 1(c) (ii) dan (iii) di atas adalah seperti di Rujukan 1] dan (d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Akauntan Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; dan

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED W44

Akauntan Gred W41 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred W44 yang kosong apabila telah

(a) Disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Melepasi tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) Melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) Diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan TARAF JAWATAN : Kontrak/Tetap






Klik Banner di bawah !






Info Kerjaya Bidang Perakaunan


Info Kerjaya Bidang Perakaunan

1. AKAUNTAN
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Akauntan
Juruaudit
Akauntan, Kos
Akauntan, Cukai
Bendahari
Setiausaha Syarikat
Juru Perunding
Penolong Akauntan
Kerani Akaun
Ciri-Ciri Peribadi
Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.
Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
Association of Certified Accountants (U.K)
Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya:-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd.
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej IKRAM
7. L&G – Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology
Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.




Klik Banner di bawah !